Tuesday, 9 July 2013

Marine Essence


Rasanya tak salah kalau saya gelar ia "produk terhebat di pasaran" mana taknya, bila tahu jer stok sampai di HQ semua dah siap sedia serbu stokist. Nak tunggu sampai ke Johor Bahru ni memang boleh berjanggut di buatnya..

Marine Essence Beauty Bar
Hebat betol sabun ni kan. Jom baca apa yang mampu dilakukan oleh Marine Essence Beauty Bar ini.

Sabun ini dirumus untuk..

  • menyihat, melembab dan meremajakan kulit
  • melembut dan melicinkan kulit

Sangat membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah berikut

  • Mencerahkan ketiak, pelipat leher juga celah peha
  • Menghilangkan jerawat
  • Kulit kasar dan kering
  • Merawat eczema

Apa kandungan sabun hebat ini?

Gliserin
Untuk menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit. Ia merupakan pelembab kulit terbaik. (penghasilan fondant utk kek juga menggunakan minyak gliserin untuk melembabkannya)

Garam Buluh
Sumber yang kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit. Anti bakteria, anti alergi, anti keradangan

Ekstrak Liquorice
Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam. Ia juga membantu mencerahkan pigmentasi kulit

Vitamin E
Anti-oksidan, anti-penuaan. Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan

Minyak Tea Tree
Anti-bakteria, anti kulat
Bau yang wangi dan menyegarkan

Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh)
Anti penuaan. Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama

Aloe Vera
Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit yang bermasalah


No wonder la sabun ni jadi rebutan kan..saya sendiri dah merasai kehebatannya. Kulit memang jadi lebih halus dan licin. Kalau dulu, dahi saya agak kasar kerana jerawat tetapi kini lebih licin. Penggunaan pula perlu berterusan  ok..bukan hari ni pakai esok tak pakai..memang tak jadi uolls..

Disebabkan Marine Essence Beauty Bar ni lebih hangat dari biasa, maka stoknya sangat3 limited. Jadi saya dengan berbesar hati ingin memperkenalkan rangkaian produk Marine Essence yang lain..check it out...

Marine Essence Body Wash


Marine Essence Shampoo

Marine Essence Toothpaste

Kandungan bahan-bahan di dalam body wash sama je dengan beauty bar jadi uolls tak payah risau ok..nak carry pon senang sebab packaging di dalam botol.

Get yours TODAY sebelum Marine Essence Body Wash menjadi gelombang tsunami pulak..



............................


call/sms/whatsapp 
Afdzan Fawaty 0177231601

Marhaban ya Ramadhan

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Alhamdulillah...syukur ya Allah dengan limpah kurniaMu, aku masih lagi bernafas dan dapat menyambut Ramadhan pada tahun ini.

Pada uolls yang sudi ziarah "teratak" ku ini, terima kasih diucapkan semoga anda sentiasa didalam rahmat Allah swt. 

Jaga diri, jaga kesihatan, jaga kecantikan. Guna Premium Beautiful + Lactolite + BB Plus Collagen untuk body yg curvy dan sexy juga kulit yang cantik sempena raya ni..

Semoga raya tahun ni uolls lebih mantap dan cun melecun. 



Afdzan Fawaty Abd Latip
017-7231601 

Tuesday, 16 April 2013

Pil Herba Maharani

HERBA TERUNGGUL UNTUK WANITA




Produk berkualiti sehingga mencapai jualan RBM 4.3 billion setahun.

Pil Herba Maharani merupakan khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua, khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan ketrampilan wanita. Sehingga kini Herba maharani menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita seluruh dunia. Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan wanita.

Mendapat pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Assosiation, badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM)
Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL 200114419T)

KEHEBATAN PIL HERBA MAHARANI

* Menyelesaikan masalah wanita dan remaja seperti keputihan, melancarkan peredaran haid, menghilangkan senggugut dan lain-lain.
* Menguat dan mengecutkan otot rahim, sistem peranakan dan boleh dimakan selepas bersalin.
* Melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh, dan kebas urat saraf.
* Melambatkan jangka masa menopous kerana ia membantu mengaktifkan hormon estrogen, progesteron dan androgennita.
* Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik kerana ia bertindak sebagai anti-penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan.
* Menegang dan menganjalkan kulit payudara, kawasan perut selepas bersalin dan punggung.
* Meningkatkan metabolisme
* Menghilangkan kelesuan dan memberi kebahagian kepada pasangan kerana hubungan intim akan menjadi lebih hangat.
* Menyuburkan rahim wanita, sesuai diambil oleh wanita yang ingin mendapatkan zuriat atau wanita yang ingin berkahwin untuk persediaan awal.

Untuk rakan-rakan yang sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, boleh mencuba pil Herba Maharani ini. Penyakit perlu dirawat kerana semakin lama kita biarkan ia akan memudaratkan diri kita. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.


Afdzan Fawaty Abd Latip
017-7231601


Sunday, 14 April 2013

Gejala Awal Haid..

Gejala awal haid (per-menstrual syndromes) selalu dianggap normal dan tidak berbahaya. Kerana itu tidak ramai yang bersungguh-sungguh menangani gejala tersebut. Tambahan pula, salah satu punca gejala tersebut adalah disebabkan perubahan hormon yang tidak dapat dikawal akibat gaya hidup yang tidak seimbang

Hampir 75% wanita mengalami gejala awal haid terutama wanita yang berumur antara 20-35 tahun. Antara gejala yang biasa dialami adalah:

PERUBAHAN TINGKAHLAKU DAN EMOSI:
  • Kerisauan atau kebimbangan
  • Kemurungan
  • Perubahan emosi (mood swings) dan ke marathon
  • Perubahan seleramakan
  • Tidur yang tidak lena (insomnia)
  • Kurang tumpuan
TANDA-TANDA FIZIKAL
  • Sakit sendi dan otot
  • Sakit Kerala
  • Keletihan
  • Pertambahan berat badan akibat penakungan air
  • Payudara tidak selesa
  • Kemunculan jerawat
  • Sembelit atau diarrhea
Walaupun bagaimanapun, dianggap kain 10% wanita mengalami masalah sakit puan berkaitan haid yang kronik, antaranya:

DISMENOREA
  • KeKejangan teruk pada bahagian bawah abdomen diikuti rasa mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening
MENORAGIA
  • Pendarahan yang banyak semasa haid dan boleh mengakibatkan beberapa masalah lain. Ia menimpa 9-14% wanita.
AMENOREA

#  Tidak didatangi haid (primer)
  • Dikaitkan dengan kegagalan didatangi haid sebelum mencapai umur 18 tahun. Disebabkan kegagalan fungsi kromosom, pituitari atau ovari
# Kurang didatangi haid (sekunder)
  • Disebabkan kehamilan, penyusuan badan, menopaus dan pemberhentian pil perancang. Factor lain adalah gangguan pada bahagian hipotalamus, kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus. (Pesakit yang mengalami masalah ini perlu berjumpa dengan doktor)
Namun terdapat faktor lain yang mungkin menjadi penyebab, antaranya:

  • Perubahan kitaran hormon
  • Perubahan tindak balas kimia dalam otak
  • Kemurungan
  • Tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
CADANGAN MENGATASI GEJALA AWAL HAID
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam.
  • Memilih makanan yang kaya karbohidrat kompleks seperti serat, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, keja dan makanan yang di tapai
  • Elak minuman bergas dan yang mengandungi kafein
  • Aktiviti bersenam membantu mengurangkan kesakitan dan kemurungan
  • Kurangkan tekanan melalui rehat dan amalkan cara-cara berkesan mengawal emosi.
  • Amalkan pengambilan supplement seperti ubatan herba bagi membantu menyelaras hormon dalam tubuh.



Wednesday, 30 January 2013

KELAINAN PAYUDARA

Ketulan kecil di bahagian payudara merupakan perkara biasa bagi wanita terutama ketika datang haid dan ianya selalu mengecil selepas habis kitaran tersebut. Ia mungkin sista atau fibroid yang tidak perlu dirisaukan. Namun, ia belum tentu tidak merbahaya kerana mungkin ketulan tersebut merupakan tanda awal kanser dan jika tidak dirawat segera, ia mampu membawa maut.
Mungkin ada yang pernah mengalaminya, jadi saya nak share sedikit info untuk makluman bersama. 


Kelainan Payudara Yang Perlu Diawasi


1. Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan dan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko. 
Boleh dikesan melalui PSP di mana ketulan yg biasa timbul pd payudara atau ketiak tidak bergerak.
Pada peringkat awal, pesakit akan berasa sakit, panas, kemerahan atau bengkak. Kulit payudara mungkin kelihatan berlekuk atau puting payudara termasuk kedalam, menjadi merah, bersisik atau mengeluarkan lelehan abnormal. 
Namun, tanda awal kanser mungkin tidak kelihatan membuatkan sukar untuk menentukan ianya kanser pada peringkat awal.
Faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya adalah usia, mempunyai ahli keluarga menghidap kanser, tidak pernah melahirkan anak, mengamalkan pil perancang dan mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

2. Sista Payudara
Sista payudara merupakan kelainan yang benign iaitu ketulan berisi cecair dan boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara.
Dapat dikesan melalui PSP dan dipastikan dengan ujian perubatan.
Sista boleh muncul lebih dari satu di mana-mana bahagian payudara tetapi selalunya di bahagian atas.
Ketulan tersebut mungkin terasa sakit bila disentuh dan kadang-kadang hilang sementara. Ia tidak statik pada satu kawasan dan boleh bergerak apabila ditolak.
Punca penyakit dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seks wanita.
Menurut Dr. Jonah, Pakar Perunding Pembedahan Am,  Pusat Perubatan Kelana Jaya, sista payudara perlu dipantau kerana jika membesar dengan cepat ia boleh menyebabkan kanser terutama jika bendalir di dalamnya tetap membesar walau sudah disedut keluar.

3. Fibroadenoma
Fibroadenoma adalah ketumbuhan berupa benjolan tisu keras yang bukan kanser.
Boleh dikesan melalui PSP, biasanya bersifat kenyal, lembut dan mudah bergerak di bawah kulit.
Boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya hilang begitu saja.
Dua keadaan mereka yg mempunyai fibroadenoma adalah tidak sakit atau sakit jika tersentuh.

Pesakit dinasihatkan sentiasa memeriksa tumbesarannya kerana jika melebihi 4cm, pesakit dinasihatkan membuangnya.

4. Fibrosistik payudara
Fibrosistik payudara adalah penyakit berkaitan dengan hormon wanita yg tidak stabil. Pesakit akan merasa ketulan kecil yg berpunca dari percambahan (hyperplasia) tisu payudara terutama sebelum kedatangan haid.
Walaupun ia bukan kanser, wanita beumur 40-an yg mengalami masalah ini perlu merujuk kepada doktor.

5. Bisul
Kadangkala ia muncul pada payudara wanita yg sudah bersalin kerana susu tidak boleh keluar akibat puting tersumbat.
Ia kemudian dijangkiti kuman yg berkemungkinan datang daripada mulut bayi lalu menyebabkan bisul
Pembedahan perlu dilakukan bagi mengelakkan ia bertambah teruk.




credit to PancaSihat
Utusan Malaysia

Sunday, 20 January 2013

CARA BAYARAN


"Saya berminat untuk membeli tapi bagaimana cara bayaran?"
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana kan..jom kita tengok caya bayaran yang paling mudah untuk anda.


CASH






EASY RHB




CREDIT CARD




INSTALLMENT




Pilihan ditangan anda

Afdzan Fawaty Abd Latip ~ 017-7231601
afdzanfawaty@gmail.com





MARBLE CHEESE BROWNIES

Entry kali ni saya nak share resepi Marble Cheese Brownies yang menjadi feveret saya sekeluarga..memang best and malatops u olls..resepi ni saya copy dari RinnChan dan dah bertahun gunakan resepi yang sama..
jom kita tengok resepi..


Bahan-bahan Brownies :

250gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur grade B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanila

Cara-cara :

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata
2. Handwisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter + koko. Kacau sebati
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati
4. Masukkan tepung gandum + BP + SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau sebati.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble diatas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 min munggunakan api atas dan bawah


Bahan-bahan lapisan cheese:

250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur grade B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu (pastikan cheese berada pd suhu bilik)
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

tadaa..inilah hasilnya..:D

Nampak macam corak marble x??..:D


Corak macam ni pon boleh..ikut suka

Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang. Kena plak dengan lemon tea atau strawberry tea..memang ada umpph!! confirm en suami makin sayang..so..selamat mencuba.:)

Slip Disc

Slip Disc, Prolapsed Disc atau Herniated Disc bermaksud "tulang belakang teralih" atau "menggelongsor dari kedudukan asal". 
Disc yang dimaksudkan sebenarnya adalah absorbing pad (jelly kind) atau rawan dalam bahasa melayu. Ia berfungsi untuk membenarkan tulang kita melentur dan bukan keras, tegak macam robot..:) 


Terdapat 24 disc dalam pada tulang manusia. 

  •  7 disc pada bahagian tengkuk, 
  • 12 disc pada bahagian tengah belakang
  •  5 disc pada bahagian bawah belakang/pinggang





Tulang belakang berfungsi untuk melindungi saraf tunjang kita. Slip Disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahagian organ dan tisu yang lain disekeliling disc rosak. Ini menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar lalu menekan saraf tulang belakang anda.




Kebanyakan kes slipped disc disebabkan faktor usia. Apabila usia meningkat disc tulang belakang akan kehilangan kadar air. Hari ini, sekurang-kurangnya 1 daripada 8 orang mengalami sakit belakang dan slipped disc yang amat menyakitkan.


Faktor-faktor yang menyebabkan slip disc



  • Postur tubuh - cara duduk
       Pastikan anda duduk dengan cara yang betul (gambar  
       kanan) tidak membongkok atau terlalu tegak. 



  • Postur tubuh - cara berdiri

       Cara berdiri juga penting kerana jika anda membongkok 
       ia akan menyebabkan tulang belakang bengkok

  • Mengangkat beban yang berat
       Cara yang betul mengangkat beban. Gunakan kekuatan
       kaki bukannya pinggang.



  • Berat badan berlebihan
       Pastikan berat badan anda mengikut BMI yang sesuai 
       kerana tulang belakang tidak mampu menampung berat
       yang berlebihan.



  • Mereka yang bermain sukan lasak
       Slip disc juga boleh berlaku pd  individu yang gemar 
       melakukan sukan lasak seperti ragbi dan gusti.


 Simptom Slip Disc
  • Sakit pada bahagian belakang dan pinggang
  • Rasa sengal dan kebas pada punggung hingga kaki
  • Sesetengah pesakit akan merasa kesakitan ketika bersin, batuk, berjalan dll.

Kaedah Rawatan

1. Fisioterapi
    Menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah 
    senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini 
    termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pd
    bahagian yang sakit.


2. Steroids

    Untuk kesakitan biasa, suntikan steroids dpt menguatkan             
    otot dan mengurangkan kesakitan
    
   


3. Pembedahan
    Merupakan langkah terakhir dimana bahagian tulang dan 
    disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang lebih 
    serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong
    tulang belakang.



Anda boleh pilih kaedah yang dirasakan sesuai untuk menangani masalah slip disc ini. Anda juga boleh memilih PREMIUM BEAUTIFUL CORSET sebagai rawatan alternatif, tanpa suntikan dan pembedahan yang mungkin mempunyai risiko!




Premium Beautiful Waist Nipper mempunyai 7 batang keluli memori yang dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra malah turut berupaya memperbaiki postur duduk dan berdiri. 
Waist Nipper ini juga boleh digunakan oleh kaum Adam kerana slipped disc cenderung terjadi dikalangan mereka. 

Emak saya sendiri mengalami masalah ini. Selama 2 hari beliau rasa sakit pd bahagian pinggang dan mengalami kesukaran untuk duduk, berdiri, berjalan malah nak tidur pun sakit. Oleh kerana nak tengok sendiri keberkesanan WN saya pun bagi pd mak. Mak cuma letak bahagian berenda WN pd bahagian tubuh yg sakit dan tidur (bhgn berenda telah disuntik dgn FIR). Masa nak bangun dari katil mak kata ada bunyi "tupp" pd pinggang. Mak cuba juga duduk dan berdiri. Rasa sakit tu hilang dan mak boleh berjalan macam biasa.

Jika anda mengalami masalah ini, boleh hubungi saya untuk merasai sendiri feel memakai Premium Beautiful Corset. Setiap penyakit ada penawarnya dan itu janji Allah swt cuma terpulang pd kita untuk memilih rawatan yg sesuai.


Afdzan Fawaty Abd Latip - 0177231601
afdzanfawaty@gmail.com


Friday, 18 January 2013

Shanghai, China...



Shanghai merupakan bandar terbesar dan mempunyai penduduk paling ramai di Republik China dan dunia dengan populasi penduduk seramai 23 juta pada tahun 2010.
Merupakan bandar global dan mempunyai pengaruh dalam perdagangan, budaya, kewangan, media, fesyen, teknologi dan pengangkutan. Ia merupakan pusat kewangan utama dan mempunyai pelabuhan kontena paling sibuk didunia.
Shanghai merupakan destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan mercu tanda sejarah seperti The Bund, City God Temple dan Yuyuan Garden serta Lujiazui. 
Ia juga dikenali sebagai "Oriental Paris" dan syurga membeli belah bagi pelancong terutama kaum hawa..of coz la kan..apa salahnya spend sikit untuk diri sendiri selepas penat berusaha..

Shopping streets di Shanghai.

Puas hati ke setakat tengok gambar-gambar tu..paling best kalau dapat jejakkan kaki  ke  sana secara PERCUMA hanya perlu bawa badan dan duit untuk shopping sakan..:)

Saya sedia membantu untuk merealisasikan impian anda.

Afdzan Fawaty Abd Latip 017-7231601
afdzanfawaty@gmail.com

 





JOJO RAKIT


Entry kali ini berkenaan percutian saya dan rakan-rakan sekerja di rumah rakit. 
Pernah dengar nama JOJO RAKIT? Mesti ada yang tertanya-tanya apa benda JOJO RAKIT ni kan..
JOJO RAKIT ni boleh diumpamakan seperti chalet diatas laut. Lengkap dengan bilik untuk bermalam, dapur, ruang BBQ, bilik air, karaoke dan semestinya ruangan untuk pemancing melepaskan gian. Kadar sewa juga sangat berpatutan. 

JOJO Rakit terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor dan menghadap Pulau Tanjung Surat, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang. Pengunjung juga dapat melihat keindahan cahaya lampu kapal berlabuh pada waktu malam di perairan Tanjung Buai.  

Jom tengok gambar.

Keratan akhbar tentang JOJO RAKIT


Jeti Tg. Buai..pemandangan dari atas bot



Bot untuk mengambil pengunjung dari jeti Tg. Buai

Pemandangan dan kemudahan di JOJO Rakit

Ruangan untuk pemancing

Juga ruangan untuk pemancing (abaikan saja model itu..;p)


ABC pon ada tau.


Bagi ibu bapa tidak perlu risau kerana rumah rakit ini dikelilingi pagar untuk keselamatan.

ok..kalau anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah rakit, bolehlah hubungi no berikut 013-7754656 / 013-7905485


Tuesday, 15 January 2013

Free Trip to SHANGHAI

Siapa suka melancong??
Ada ke yang kata tak suka?
Pelik pulak kalau ada yang kata tak suka kan..lebih-lebih lagi kalau dapat peluang melancong ke LUAR NEGARA..awesome!!

Tapi..berapa pulak kos yang perlu ditanggung..flight tickets, accomodation, food..duit shopping lagi..phewww..banyak kot! BUT..there is a way to get the FREE ticket for 5 STAR..semua ditanggung dan hanya perlu sediakan duit shopping saje.

Bisnes ini hanya secara part-time dan anda boleh meraih pendapatan SAMPINGAN sehingga 4/5/6 angka setiap bulan dan berpeluang mengikuti percutian ke LUAR NEGARA secara PERCUMA.. hebat kan. 

Ke mana destinasi kali ini? 


The Bund

Pudong 

Pudong at night

Yuyuan Gardens

Puhuitang River Bridge Qibao

Shanghai, China adalah destinasi pilihan untuk anda. 
Percutian selama 5 hari 3 malam dan ditanggung sepenuhnya (kelass jahh) cuma bawak aje la duit shopping.. 

Jangan lepaskan peluang kerana ia mungkin sekali seumur hidup tapi dalam bisnes ini peluang sentiasa ada untuk kita yang penting kita berani untuk mulakan langkah pertama.






Saturday, 12 January 2013

BENTUK TUBUH WANITA

Assalammualaikum..

Adakah anda tahu, jenis bentuk tubuh anda? Secara asasnya bentuk tubuh wanita dikategorikan kepada empat jenis iaitu bentuk EPAL, PIR, JAM PASIR dan PERSEGI. 
Namun ada juga yang mengkategorikan bentuk tubuh wanita kepada enam hingga dua belas jenis. LOLLIPOP, CORNET, GOBLET, SKITTLE, CELLO, COLUMN, BELL, VASE .





Bentuk Epal

Wanita yang memiliki tubuh seperti bentuk epal memiliki bentuk tubuh yang besar pada bahagian atas namun kecil pada bahagian peha. Anda memiliki bahu dan bidang yang lebih luas dari ukuran bahu biasa.

Bentuk Pir

Wanita yang memiliki tubuh bentuk PIR biasanya mempunyai bahagian atas yang lebih kecil berbanding bahagian bawah. Bahagian yang cenderung melebar adalah peha dan pinggul.

Bentuk Jam Pasir

Lazimnya ini adalah bentuk tubuh yang sangat diingini dan ideal bagi wanita. Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai perut dan pinggang yang lebih kecil dan ramping berbanding bahagian atas dan pinggul.

Bentuk Persegi

Biasanya wanita dalam kategori ini memiliki tubuh yang kurus dan tidak mempunyai lekukan. Perut yang kempis juga pinggul yang kecil.


Walaubagaimana sekali pun bentuk tubuh anda, tiada halangan untuk anda menyarung korset Premium Beautiful ke tubuh kerana ia direka khas untuk muat dan sepadan dengan apa jua bentuk tubuh. 


PREMIUM BEAUTIFUL CORSET


Tuesday, 8 January 2013

Sindrom Goncang Bayi

Bahaya Goncang Bayi

Menimang bayi adalah satu gurauan yang dianggap biasa dan sering dilakukan oleh masyarakat kita. Ada antara mereka yang suka melompat bersama bayi. Namun, sedar atau tidak perkara ini boleh membawa padah pada bayi anda.

Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd Nor, walaupun ia dianggap sebagai gurauan dan cara bermain bersama bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi. 

 "Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang seringkali berlaku dikalangan ibu bapa dan orang dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom. 
"Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah"


Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi kepada bayi:-


  • Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan mengakibatkan sawan kekal pada bayi.
  • Kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kepada kematian
  • Kecederaan kepada bayi akibat goncangan yang terlalu kuat
  • Hayunan buaian semasa menidurkan bayi mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena pada objek sekeliling.
  • Hentakkan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak
  • Berlakunya pendarahan pada otak atau dikawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi
SBS selalu berlaku pada kanak-kanak berusia lima tahun kebawah dan banyak kes dikesan berlaku pada kanak-kanak berusia setahun kebawah kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.


SIMPTOM-SIMPTOM

Kesan terhadap SBS tidak mampu dilihat secara luaran dan ia bergantung kepada tahap kekuatan hentakan atau goncangan yang diterima bayi.

Kanak-kanak atau bayi yang berdepan dengan sindrom ini akan dilihat menunjukkan tanda-tanda seperti menangis berterusan, muntah atau tidak lalu makan. 

Secara klinikal, hentakan kuat yang terkena pada sesuatu objek dapat dilihat daripada benjolan pada kepala atau terdapat pendarahan sama ada pada bahagian mata atau telinga.

Masalah lumpuh, masalah kecerdasan otak dan masalah buta serta pekak juga berisiko berlaku pada kanak-kanak atau bayi yang menghadapi SBS ini.

Bagi ibu bapa diluar sana sila ambil serius perkara ini bagi mengelakkan Sindrom Goncang Bayi berlaku pada anak anda apabila terdapat banyak kes bayi sakit atau mati secara mengejut tanpa diketahui puncanya.




Perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama.



Credit to NOR FARHANI CHE AD
UTUSAN MALAYSIA







F.I.R DAN PREMIUM BEAUTIFUL


Seperti yang kita ketahui, Premium Beautiful telah 'disuntik' dengan Sinar Inframerah Jauh @ FIR (Far Infrared Rays). Kehadiran cahaya yang datangnya dari matahari ini memberi kebaikan bukan sahaja pada kecantikan tetapi juga kesihatan manusia.

Sinar inframerah terbahagi kepada tiga iaitu :-

  1. sinar inframerah dekat (0.75-1.5 mikron), 
  2. sinar inframerah sederhana (1.5-4 mikron) dan 
  3. sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron)


Apakah ciri-ciri sinar inframerah @ F.I.R

  • Tergolong sebagai gelombang magnetik tidak terlihat mata kasar
  • Boleh diserap oleh pelbagai objek termasuk haiwan dan tumbuhan dan menjadi panas.
  • Memberi kepanasan yang stabil
  • Mampu menembusi bahagian dalam objek
  • Mempunyai fungsi penyerapan gema (resonance)
  • Berupaya mengaktifkan molekul


Kebaikan F.I.R dalam kehidupan manusia

  • Mengaktifkan molekul air dalam tubuh dan membantu meningkatkan cairan dalam tubuh
  • Rasa panas dari sinar inframerah yang kena pada kulit akan menyebabkan pembuluh kapilari membesar seterusnya meningkatkan suhu kulit dan melancarkan peredaran darah
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Membantu mengurangkan tekanan jantung
  • Meningkatkan metabolisme tubuh oleh itu tubuh berupaya membuang toksin/racun melalui metabolisme dan mengurangkan beban hati dan buah pinggang.
  • Sinar inframerah mampu menembusi kulit lalu menghancurkan lemak yang terkumpul dibawah permukaan kulit sekaligus membantu menguruskan badan 
  • Meningkatkan oksigen dalam darah
  • Memulihkan sistem pernafasan
  • Meningkatkan pH tubuh
  • Membantu membersihkan darah
  • Membasmi pembiakan kuman dan bakteria dalam tubuh

Keadaan menunjukkan FIR menembusi kulit dan mengaktifkan molekul air dalam tubuh


Peredaran darah dalam tubuh jadi lebih lancar


Semua itu boleh anda perolehi dengan Premium Beautiful Corset. Satu-satunya pakaian dalam yang mendapat pengiktirafan SUPERBRAND, lifetime warranty (rosak, koyak dsbnya, boleh hantar repair) juga mendapat pengiktirafan American Chiropractic Association.





Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi PERCUMA & percubaan selama 30 minit secara PERCUMA!!