Tuesday, 8 January 2013

Sindrom Goncang Bayi

Bahaya Goncang Bayi

Menimang bayi adalah satu gurauan yang dianggap biasa dan sering dilakukan oleh masyarakat kita. Ada antara mereka yang suka melompat bersama bayi. Namun, sedar atau tidak perkara ini boleh membawa padah pada bayi anda.

Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd Nor, walaupun ia dianggap sebagai gurauan dan cara bermain bersama bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi. 

 "Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang seringkali berlaku dikalangan ibu bapa dan orang dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom. 
"Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah"


Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi kepada bayi:-


  • Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan mengakibatkan sawan kekal pada bayi.
  • Kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kepada kematian
  • Kecederaan kepada bayi akibat goncangan yang terlalu kuat
  • Hayunan buaian semasa menidurkan bayi mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena pada objek sekeliling.
  • Hentakkan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak
  • Berlakunya pendarahan pada otak atau dikawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi
SBS selalu berlaku pada kanak-kanak berusia lima tahun kebawah dan banyak kes dikesan berlaku pada kanak-kanak berusia setahun kebawah kerana pada peringkat umur ini, kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.


SIMPTOM-SIMPTOM

Kesan terhadap SBS tidak mampu dilihat secara luaran dan ia bergantung kepada tahap kekuatan hentakan atau goncangan yang diterima bayi.

Kanak-kanak atau bayi yang berdepan dengan sindrom ini akan dilihat menunjukkan tanda-tanda seperti menangis berterusan, muntah atau tidak lalu makan. 

Secara klinikal, hentakan kuat yang terkena pada sesuatu objek dapat dilihat daripada benjolan pada kepala atau terdapat pendarahan sama ada pada bahagian mata atau telinga.

Masalah lumpuh, masalah kecerdasan otak dan masalah buta serta pekak juga berisiko berlaku pada kanak-kanak atau bayi yang menghadapi SBS ini.

Bagi ibu bapa diluar sana sila ambil serius perkara ini bagi mengelakkan Sindrom Goncang Bayi berlaku pada anak anda apabila terdapat banyak kes bayi sakit atau mati secara mengejut tanpa diketahui puncanya.




Perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama.



Credit to NOR FARHANI CHE AD
UTUSAN MALAYSIA







No comments:

Post a Comment