Sunday 20 January 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES

Entry kali ni saya nak share resepi Marble Cheese Brownies yang menjadi feveret saya sekeluarga..memang best and malatops u olls..resepi ni saya copy dari RinnChan dan dah bertahun gunakan resepi yang sama..
jom kita tengok resepi..


Bahan-bahan Brownies :

250gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur grade B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanila

Cara-cara :

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata
2. Handwisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter + koko. Kacau sebati
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati
4. Masukkan tepung gandum + BP + SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau sebati.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble diatas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 min munggunakan api atas dan bawah


Bahan-bahan lapisan cheese:

250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur grade B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu (pastikan cheese berada pd suhu bilik)
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

tadaa..inilah hasilnya..:D

Nampak macam corak marble x??..:D


Corak macam ni pon boleh..ikut suka

Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang. Kena plak dengan lemon tea atau strawberry tea..memang ada umpph!! confirm en suami makin sayang..so..selamat mencuba.:)

No comments:

Post a Comment