Sunday, 14 April 2013

Gejala Awal Haid..

Gejala awal haid (per-menstrual syndromes) selalu dianggap normal dan tidak berbahaya. Kerana itu tidak ramai yang bersungguh-sungguh menangani gejala tersebut. Tambahan pula, salah satu punca gejala tersebut adalah disebabkan perubahan hormon yang tidak dapat dikawal akibat gaya hidup yang tidak seimbang

Hampir 75% wanita mengalami gejala awal haid terutama wanita yang berumur antara 20-35 tahun. Antara gejala yang biasa dialami adalah:

PERUBAHAN TINGKAHLAKU DAN EMOSI:
  • Kerisauan atau kebimbangan
  • Kemurungan
  • Perubahan emosi (mood swings) dan ke marathon
  • Perubahan seleramakan
  • Tidur yang tidak lena (insomnia)
  • Kurang tumpuan
TANDA-TANDA FIZIKAL
  • Sakit sendi dan otot
  • Sakit Kerala
  • Keletihan
  • Pertambahan berat badan akibat penakungan air
  • Payudara tidak selesa
  • Kemunculan jerawat
  • Sembelit atau diarrhea
Walaupun bagaimanapun, dianggap kain 10% wanita mengalami masalah sakit puan berkaitan haid yang kronik, antaranya:

DISMENOREA
  • KeKejangan teruk pada bahagian bawah abdomen diikuti rasa mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening
MENORAGIA
  • Pendarahan yang banyak semasa haid dan boleh mengakibatkan beberapa masalah lain. Ia menimpa 9-14% wanita.
AMENOREA

#  Tidak didatangi haid (primer)
  • Dikaitkan dengan kegagalan didatangi haid sebelum mencapai umur 18 tahun. Disebabkan kegagalan fungsi kromosom, pituitari atau ovari
# Kurang didatangi haid (sekunder)
  • Disebabkan kehamilan, penyusuan badan, menopaus dan pemberhentian pil perancang. Factor lain adalah gangguan pada bahagian hipotalamus, kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus. (Pesakit yang mengalami masalah ini perlu berjumpa dengan doktor)
Namun terdapat faktor lain yang mungkin menjadi penyebab, antaranya:

  • Perubahan kitaran hormon
  • Perubahan tindak balas kimia dalam otak
  • Kemurungan
  • Tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
CADANGAN MENGATASI GEJALA AWAL HAID
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam.
  • Memilih makanan yang kaya karbohidrat kompleks seperti serat, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, keja dan makanan yang di tapai
  • Elak minuman bergas dan yang mengandungi kafein
  • Aktiviti bersenam membantu mengurangkan kesakitan dan kemurungan
  • Kurangkan tekanan melalui rehat dan amalkan cara-cara berkesan mengawal emosi.
  • Amalkan pengambilan supplement seperti ubatan herba bagi membantu menyelaras hormon dalam tubuh.



No comments:

Post a Comment