Mungkin ada yang pernah mengalaminya, jadi saya nak share sedikit info untuk makluman bersama.
Kelainan Payudara Yang Perlu Diawasi
1. Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan dan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko.
Boleh dikesan melalui PSP di mana ketulan yg biasa timbul pd payudara atau ketiak tidak bergerak.
Pada peringkat awal, pesakit akan berasa sakit, panas, kemerahan atau bengkak. Kulit payudara mungkin kelihatan berlekuk atau puting payudara termasuk kedalam, menjadi merah, bersisik atau mengeluarkan lelehan abnormal.
Namun, tanda awal kanser mungkin tidak kelihatan membuatkan sukar untuk menentukan ianya kanser pada peringkat awal.
Faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya adalah usia, mempunyai ahli keluarga menghidap kanser, tidak pernah melahirkan anak, mengamalkan pil perancang dan mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
2. Sista Payudara
Sista payudara merupakan kelainan yang benign iaitu ketulan berisi cecair dan boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara.
Dapat dikesan melalui PSP dan dipastikan dengan ujian perubatan.
Sista boleh muncul lebih dari satu di mana-mana bahagian payudara tetapi selalunya di bahagian atas.
Ketulan tersebut mungkin terasa sakit bila disentuh dan kadang-kadang hilang sementara. Ia tidak statik pada satu kawasan dan boleh bergerak apabila ditolak.
Punca penyakit dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seks wanita.
Menurut Dr. Jonah, Pakar Perunding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, sista payudara perlu dipantau kerana jika membesar dengan cepat ia boleh menyebabkan kanser terutama jika bendalir di dalamnya tetap membesar walau sudah disedut keluar.
3. Fibroadenoma
Fibroadenoma adalah ketumbuhan berupa benjolan tisu keras yang bukan kanser.
Boleh dikesan melalui PSP, biasanya bersifat kenyal, lembut dan mudah bergerak di bawah kulit.
Boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya hilang begitu saja.
Dua keadaan mereka yg mempunyai fibroadenoma adalah tidak sakit atau sakit jika tersentuh.
Pesakit dinasihatkan sentiasa memeriksa tumbesarannya kerana jika melebihi 4cm, pesakit dinasihatkan membuangnya.
4. Fibrosistik payudara
Fibrosistik payudara adalah penyakit berkaitan dengan hormon wanita yg tidak stabil. Pesakit akan merasa ketulan kecil yg berpunca dari percambahan (hyperplasia) tisu payudara terutama sebelum kedatangan haid.
Walaupun ia bukan kanser, wanita beumur 40-an yg mengalami masalah ini perlu merujuk kepada doktor.
5. Bisul
Kadangkala ia muncul pada payudara wanita yg sudah bersalin kerana susu tidak boleh keluar akibat puting tersumbat.
Ia kemudian dijangkiti kuman yg berkemungkinan datang daripada mulut bayi lalu menyebabkan bisul
Pembedahan perlu dilakukan bagi mengelakkan ia bertambah teruk.
credit to PancaSihat
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment