Entry kali ini berkenaan percutian saya dan rakan-rakan sekerja di rumah rakit.
Pernah dengar nama JOJO RAKIT? Mesti ada yang tertanya-tanya apa benda JOJO RAKIT ni kan..
JOJO RAKIT ni boleh diumpamakan seperti chalet diatas laut. Lengkap dengan bilik untuk bermalam, dapur, ruang BBQ, bilik air, karaoke dan semestinya ruangan untuk pemancing melepaskan gian. Kadar sewa juga sangat berpatutan.
JOJO Rakit terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor dan menghadap Pulau Tanjung Surat, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang. Pengunjung juga dapat melihat keindahan cahaya lampu kapal berlabuh pada waktu malam di perairan Tanjung Buai.
Jom tengok gambar.
Keratan akhbar tentang JOJO RAKIT |
Jeti Tg. Buai..pemandangan dari atas bot
Pemandangan dan kemudahan di JOJO Rakit |
Ruangan untuk pemancing |
Juga ruangan untuk pemancing (abaikan saja model itu..;p) |
ABC pon ada tau. |
Bagi ibu bapa tidak perlu risau kerana rumah rakit ini dikelilingi pagar untuk keselamatan.
ok..kalau anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah rakit, bolehlah hubungi no berikut 013-7754656 / 013-7905485
No comments:
Post a Comment